ƬЄИƬΔИǤ 'ǤѲΔ˩ƘЄЄƤЄЯ' :)

semua mesti tau ken sape mamat nihh . 
ssosweetgilababenglaasial :D 
eleh , nak tau cerita laa tuhh . bace nie dulu laa :)
"29 November 2011 Nampaknya kehidupan penjaga gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek tidak henti-henti dilanda kontroversi.
Selepas selesai kisah putus tunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi dan akhirnya mengakui bercinta dengan Dahlia Teck yang dikatakan punca keretakan hubungan mereka, gambar berhibur di kelab malam Werner's tersebar, kini namanya dikaitkan dengan satu lagi kontroversi melibatkan seorang gadis bernama Shida Harmi.
Laman sesawang hiburan terkenal kini kecoh dengan beberapa keping gambar aksi mesra Apek dan gadis yang didakwa Shida dan screen shots BlackBerry Messenger berbaur ugutan pula menunjukkan Shida mempunyai bukti bahawa mereka pernah tidur bersama.
Namun dipetik daripada laporan OhBulan!, Apek menafikan perkara tersebut dan berharap orang yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk memberi bukti kukuh.
Malah ibunya, Bidah Ibrahim berharap orang ramai akan berhenti menyebarkan fitnah kerana bimbang akan mempengaruhi prestasi anaknya dalam karier bola sepaknya."
"2 Disember 2011Selepas beberapa keping gambar intim penjaga gol bola sepak Malaysia Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek bersama seorang wanita bernama Shida Harmi tersebar di Internet, pelbagai tohmahan telah dilontarkan kepada mereka berdua dan oleh kerana itu, Shida tampil memberikan penjelasan sebenar.
Dipetik daripada akhbar Harian Metro, pemilik nama Nor Hashidah Harmi mengakui telah diganggu dan dihamburkan kata-kata kesat serta penghinaan. Malah ibu bapanya turut dikaitkan dengan kontroversi itu.
Shida yang hadir bersama ibunya memberitahu paparan mesej BlackBerry Messenger (BBM) yang disebar itu adalah fitnah.
"Jika diperhatikan, BBM akan tertera huruf R atau D iaitu singkatan bagi read atau delivered. Jika benar itu adalah mesej antara saya dan Apek, di mana gambar profil kami?," jelas gadis berusia 23 tahun ini.
Shida yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh Apek mengakui gambar tersebut telah diambil pada Mac lalu sebelum mereka bertunang dengan pasangan masing-masing. Malah mereka bukan berdua-duaan, sebaliknya ditemani beberapa rakan yang lain.
Sebelum ini Shida yang pernah dikaikan sebagai punca perpisahan antara Apek dan bekas tunangnya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi turut memberitahu gambar tersebut telah mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya dan keluarga. Tambahan pula dia bakal mendirikan rumah tangga kurang daripada dua minggu lagi bersama jejaka pilihan, Mohd Danial Adnan."
--> dipetik daripada laporan Berita Harian :) #sorry yea Apek :D


THANKS for reading baby . Suka ? kasi LIKE jee :)

0 comments:

SAHABAT TERHEBAD :-

Nur Afiqah binti Abdullah
Siti Madihahusna binti Mohd Radzi
Nur Hidayah binti Mustaffa Kamal
Nur Asmalina binti Jailin
Nur Idayu binti Mohd Dioh
Hanis Syahirah binti Zainee

ILOVEYOU korang . rindu nak lepak dengan korang , rehat samasama dengan korang , study samasama dengan korang , rindu semua samasama laa :') kbai ✘

ƧƜЄЄƬƳ ƧƬΔ˩ƘЄЯƧ


 
Copyright © 2009-2012 . All Right Reserved by This Blog